RESEPI #GUNASEMULA - JEJARI NESTUM SUSU

Bahan:
- 5 keping roti putih
- Sedikit coklat masakan
- Nestum
Cara Penyediaan:
1. Potongkan roti kepada bentuk jejari. Susun atas loyang dan bakar dalam ketuhar sehingga garing.
2. Cairkan coklat masakan dalam bentuk teknik *double boil*. Boleh masukkan sedikit air untuk cairkan coklat.
3. Celupkan jejari roti yang sudah dibakar pada coklat masakan.
4. Kemudian, golekkan pada nestum sehingga rata.
5. Tunggu coklat mengeras dan selepas itu sediauntuk dimakan.
Saiz hidangan: 2 - 3 orang
Sumber: Twitter @swcorp_my
https://twitter.com/hashtag/GunaSemula?src=hash

CADANGAN DARI PESERTA

Dalam menangani masalah pembaziran makanan, peserta program ini perlu mengenal pasti makanan yang sesuai mengikut citarasa isi rumah. Kredit: En Rohaizat Bin Ab Ghani

Objektif projek ini dilaksanakan adalah seperti berikut:-

  • Menubuhkan program Pendidikan yang berkesan bagi mengurangkan sisa buangan makanan di rumah.
  • Mengurangkan sisa buangan makanan bagi isi rumah di Malaysia
  • Menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang lebih lestari dan dapat meminimumkan sisa buangan makanan bermula dari rumah.
  • Serta menjadikan masyarakat Malaysia lebih kreatif dan inovatif untuk mengubah lebihan makan menjadi menu yang berkhasiat dan berkualiti.


Rujukan Video:-

Kerjasama Bersama